BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Wednesday, November 27, 2013

Lari lagi ?


Sekali lagi --
Dia lari bawa diri
Tak tahan
Katanya



Nak lari ke mana?
Soalan itu dijawab
Oleh sang hati
Aku akan pergi jauh
Biar masalah penat kejar



Dia gelak
Sinis sekali bunyinya
Kau bodoh atau pura-pura begitu?
Kau larilah ke mana
Masalah tu takkan kenal lelah
Dan aku yakin
Akan timbul lagi masalah lain
Dan ia akan terus begitu
Sampai bila-bila



Habis
Apa patut aku buat?
Aku takda pilihan
Hati aku sakit sangat
Aku kena lari



Tenang dia jawab --
Berhenti lari lagi
Jangan takut
Aku ada
Dan akan sentiasa ada
Kita tempuh sama-sama
Nanti bahagia pun akan muncul
Percayalah



Cuma --
Janji dengan aku
Kau takkan lari lagi ya?

3 comments:

enigma girl said...

what's up babe

GADIS said...

Huh ? It just a thought.

enigma girl said...

Just asking.. Not about the post but ur health