BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Sunday, November 24, 2013

Terus Berlakon


Dia nampak comel
Dengan senyuman dibibir
Gelak tawa bersama mereka
Ceria dan bahagia sekali

Namun
Mereka sedikit pun tak tahu
Dia sentiasa menangis dalam luka
Memikirkan setiap masalah
Lelah dalam mencari diri sendiri
Lemas dalam dunia yang semakin menggila

Tanpa senyuman dibibir
Tanpa gelak tawa 
Yang menemaninya hanya air mata
Dia sendiri dan keseorangan
Tiada istilah keluarga 
Mahupun makna persahabatan
Kerana dia hanya sendiri
Bersama Maha Pencipta

Manusia takkan tahu
Apa yang dia lalui waktu itu
Sebab apa ?
Mungkin sebab dia pandai
Pandai berlakon dalam pentas kehidupan
Biar mereka tertipu
Biar mereka fikir dia manusia paling bahagia

Atau
Mungkin mereka yang bodoh
Bodoh sebab terlalu buta
Tak nampak keperitan yang dia tempuhi
Tak dengar esakkannya bila dia ketawa

Dan dia tetap sendiri
Tak kisah dengan manusia
Cuma Tuhan sahaja yang ada untuknya
Cukuplah 




0 comments: