BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Sunday, March 2, 2014

Raja Shamri

'Kejayaan itu dicipta oleh insan biasa yg berusaha secara luar biasa'       --AbangRaja

Indeed. Semua orang boleh berjaya. Tapi tak semua orang nak berusaha ke arah itu. Sebab itu kita semua berbeza-beza. Dari segi berfikir, bercakap, bertindak, kita tak sama. Sebab itu hasilnya pun tak sama. Tapi bak kata Abang Raja, kalau kita berusaha secara luar biasa, InsyaAllah kita dapat apa yg kita nak. Even kita tak dapat apa yg kita nak, Allah dah simpan yg terbaik untuk kita. Allah is the best planner, right ? So don't be afraid.

Jujur, aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mendengar ceramah motivasi Abang Raja. Cara dia sampaikan tu lain. And he's gifted. Kesusahan yg dialami membuatkan dia bertambah kuat. Mungkin sebab dia 'nekad'. Nekad untuk ubah hidup dia dan keluarga. Akhirnya dia berjaya. Dia boleh. Kenapa kita tak boleh ?

0 comments: