BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Saturday, April 19, 2014

Kisah yg Berbeza


Pada pagi Sabtu yang cerah, aku duduk di dalam satu restoran -- memerhati gelagat manusia. Seronok -- sambil memikirkan cerita mereka pasti berbeza dengan cerita aku. Kisah mereka mungkin lebih sedih atau lebih bahagia daripada aku. 

Dulu masa kecik-kecik, aku selalu hairan sekiranya akulah 'main character' dalam kisah ni, macam mana dengan manusia yang lain. Tidakkah mereka juga watak utama dalam cerita mereka ? Dan pada ketika itu aku tertanya-tanya bagaimana tuhan boleh mengaturkan berjuta atau berbilion atau trilion atau lebih daripada itu cerita manusia yang ada dalam dunia ini. 

Ya, aku masih kecik pada waktu itu dan sangat kolot. Sekarang aku fikir, jika manusia ada cerita yang berbeza,pasti 'ending' nya juga berbeza. Cuma kita ada 2 pilihan -- Husnul khotimah atau Su'ul khotimah. Moga kita tergolong dalam golongan yg Husnul Khotimah ya.

0 comments: