BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Wednesday, February 16, 2011

Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul,


Semoga kita sebagai umat islam akan sentiasa mengingati Nabi kita Muhammad SAW. Dan moga kita akan mendapat syafaat oleh Baginda SAW di akhirat kelak. Sama-sama lah kita memperjuangkan agama kita iaitu Agama Islam.Baginda SAW bersedih mengenangkan kematian kerana tidak dapat Baginda berjumpa dengan umatnya yang hidup sesudah kewafatannya. Umat yang pelbagai ragam yang tidak pernah pun ketemu muka. Astaghfirullah, bagaimanakah kita sehingga terlalai dari mengingati Baginda? Suruhan dan larangan Baginda? Baginda adalah kekasih Allah, maka jika kita mencintainya kita juga dicintai Allah, insyaAllah.

Sekali lagi saya ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Moga kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW di dunia dan di akhirat. Amin..


0 comments: