BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban :)


Assalamualaikum .. Malam ni adalah 15 Syaaban , iaitu Malam Nisfu Syaaban. Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Malam Lailatul Qadr kerana buku catatan kita selama setahun akan diangkat ke langit oleh malaikat dan diganti dengan buku catatan yang baru . Catatan pertama akan dicatat sebaik sahaja masuk waktu maghrib . Rasulullah saw berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a :

Malam ini adalah Malam Nisfu Syaaban . Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambaNya pada Malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar , memberi rahmat ke atas mereka dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki
Jadi , saya harap tak ada la yang melepaskan peluang ini (: kerana Rasulullah saw menggalakkan umatnya untuk bangun dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai . Sebelum saya akhiri entry saya ni , saya ucapkan Selamat Meyambut Nisfu Syaaban. Semoga kita umat Islam dirahmati dan diberkati Allah swt :)

0 comments: