BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Thursday, November 17, 2011

Penutupan Sekolah 2011

                                                            


Semalam merupakan hari terakhir aku bersekolah. Sepatutnya hari ini tapi aku ada 'kerja' (kerja la sangat kan? ) jadi aku tak dapat datang. Hari terakhir kat sekolah rasa agak sedih sikit padahal sebelum nih agak teruja dan tak sabar nak cuti. Haih , perasaan nih mudah sangat kan berubah-rubah ? Tak menentu pulak tuh. Siapa setuju sila angkat kening O___o Har Har Har. Okay , gurau je ! 

Masalah sering menghimpit sepanjang tahun ni. Tertekan ? Itu perkara biasa, tapi personally aku nak cakap yang sekolah ni lah yang banyak membuka pemikiran aku. Aku tak tahu lah sebesar mana tapi ianya cukup buat aku faham apa yang berlaku di sekeliling aku. Masalah aku, masalah kawan-kawan dan masalah orang yang memang bermasalah banyak mematangkan aku yang tak berapa nak matang nih.

Dulu sebelum aku masuk sekolah nih aku dari MRSM. Tapi aku buat keputusan nak keluar atas alasan-alasan yang tertentu ( tak perlu la aku bagitahu). Maybe korang akan cakap aku nih rugi , maybe betul . Tapi honestly aku cakap , aku tak rasa menyesal pun. Aku percaya ada hikmah atas semua yang berlaku. Mungkin ada yang fikir sekolah biasa nih 'low class' . Aku rasa korang patut buang jauh-jauh pendapat korang tuh sebab aku sebenarnya kagum dengan mereka semua ( especially rakan-rakan satu sekolah). Pada aku , diorang bijak dan hebat. Tak ada bezanya dengan sekolah-sekolah lain. Diorang jugak lah yang buat aku tahu di mana tahap aku sebenarnya. Thanks a lot untuk teachers and friends sebab membuka mata dan pemikiran aku yang agak sempit + kolot ni :D

Overall, tahun 2011 merupakan tahun yang agak memuaskan bagi aku. Aku happy dengan keputusan Final Exam aku dan aku juga happy dengan apa yang pernah aku lalui sepanjang tahun ni. Harapan aku, semoga tahun 2012 menjadi tahun yang jauh lebih baik <3

0 comments: