BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Saturday, May 25, 2013

5 Perkara yang Menyakitkan Hati Sewaktu Peperiksaan


Gabra
 Okay aku mudah sangat gabra. Especially masa exam. Walaupun aku nampak cool tapi percayalah, aku cuba menenangkan diri pada masa tu. Paling menyakitkan hati sebab penyakit 'gabra' aku nih bagi bonus yang melampau untuk aku iaitu sakit perut. Mana tak duduk diam aku. Tapi kebanyakannya berlaku sebelum peperiksaan bermulala. Nasib baik la kan. Kalau tak akulah orang yang akan berjalan keluar dari kelas bukan nak mencuci perut pun, tapi untuk menenangkan perut aku nih. Kiranya pergi toilet tu sekadar alasan la kan. Padahal aku tak ada pun nak buang sisa toksik dengan toksin. 
  
  Tapi kan, aku biasanya betul-betul pergi toilet lepas rehat. Aku ni jenis tak suka pergi toilet masa peperiksaan dijalankan. Buang masa aku je. Tapi kadang-kadang, nasib tak menyebelahi. Terpaksa pergi bawak diri. Sambil tu boleh cari idea untuk diisi dalam kertas jawapan.

Bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan
  Aku paling benci apabila ada kelas yang suka buat bising macam diorang tak pernah tahu 'adab wajib' ketika peperiksaan iaitu jangan buat bising. Entah apa masalah diorang yang suka duk kecoh sana-sini. Naik semak jugak otak aku ni. Dah la aku duk belakang sekali. Dekat benar dengan kelas tu. Boleh sakit jiwa dan raga aku sebab idea-idea aku dah lari bertempiaran entah ke mana. 

  Kadang-kadang geram jugak bila tiba-tiba ada pengumuman. Dah la panjang lepastuh siap ulang lagi. Adoi, aku tak suka semua tuh. Ada pulak yang suka buat bunyi bising macam diorang main pen. Buat bunyi 'ktik-ktik' macam dia sorang aje dalam kelas tu. Mengganggu ketenteraman orang tau ! 

Tertinggal salah satu alat penting ketika peperiksaan
  Ketika sedang membelek pencil box; alamak, aku tertinggal pembaris ! Biarpun waktu tu aku mungkin tak perlukan pembaris untuk menjawab peperiksaan, tetapi aku rasa tidak lengkap kalau segala keperluan tu tidak dibawa. 
  
  Dan yang lebih parah apabila pemadam yang tak ada ! Tipu la kalau aku tak guna pemadam. Kesian orang depan aku kena kacau gara-gara nak pinjam pemadam. Dia siap belahkan pulak pemadam dia tuh. Aishh, menyusahkan sungguh la aku nih !

Pengawas peperiksaan tengok kertas jawapan
  Oh, ini satu perkara yang sangat aku benci ! Boleh buat aku keras, kaku dan terencat akal untuk berfikir. Manakan tidak, cikgu tu berdiri lama-lama di sebelah sambil membaca kertas jawapan. Tambah lagi apabila cikgu itu tersengih-sengih macam mengejek. 
  
  Biasanya kalau cikgu datang dekat aku, aku biasa belek kertas jawapan yang aku sure jawapannya tetapi kadang-kadang aku akan tutup kertas jawapan tu terus sambil tengok cikgu sampai cikgu berlalu pergi. Tips ini baru saja aku praktikkan. Dan ternyata berkesan. Haha !

Idea datang mencurah-curah selepas peperiksaan
  Sebab apa ya, usai menjawab peperiksaan, akal aku seperti aktif balik. Malah lebih aktif ketika menjawab peperiksaan. Masa tu la akal aku terfikirkan jawapan yang bombastic dan gemilang untuk mendapat markah tinggi. Haish, macam-macam lah. 

0 comments: