BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Thursday, August 6, 2015

Ikhlas


Sayup-sayup kedengaran bunyi kicauan burung
Kejutkan si dia yang sedang lelah
dengan dunia
Dia bangun malas-malas sambil pikirkan Mengapa burung itu masih setia berbunyi setiap pagi ?

Dia sendiri sebagai manusia yg punya akal pun sudah penat
Dengan rutinnya sebagai manusia
Tetapi burung itu tetap bertenggek di atas dahan itu --
Megah bercicip dan berkicau
Kadang-kadang seperti menyanyi riang menyambut pagi yang tiba

Bagi dia pula--
pagi merupakan waktu yg paling malas
Jarang untuk dia memulakan paginya dengan hati yg senang dan gembira
Apatah lagi mahu menyanyi riang

Hati ?
Ya hati.
Mungkin semua ini berpunca daripada hatinya sendiri.
Silapnya apabila dia sendiri sudah tidak didik hatinya untuk ikhlas melakukan setiap pekerjaan
Sedangkan burung itu pun tahu untuk ikhlaskan hati
Dia senyum kelat
Sedar mana silapnya.

0 comments: