BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Tuesday, December 8, 2015


Rabu
09 Dec 2015

Kalau kamu melihat seseorang dan dada kamu rasa sakit lalu mengepam dengan laju, apa yang akan kamu simpulkan?

Cinta
Mungkin iya, mungkin tidak. Melihat seseorang yang kamu cinta dari kejauhan, dan tahu kamu tidak akan ada kesempatan untuk memilikinya, perasaan itu sakit. Seolah-olah ia mencengkam dada kamu -sukar untuk bernafas. Kamu melihat dia dengan perasaan yang membungkam. Kamu mahu mendekat, mahu menyapanya dengan sekadar ucapan "hai" tapi semua itu tak semudah itu kan? Mulut tu terasa berat, ego tu tinggi melangit. Lalu kamu berlalu dan menjauh pergi membawa hati yang sakit. Kamu tarik nafas dalam-dalam dan dihembuskannya dengan helaan yang panjang. Cuba untuk tenangkan hati.

Marah
Mungkin hati kamu marah. Marah kerana kamu cuba menidakkan perasaan kamu. Kamu cinta tapi sekerasnya kamu menolak dan membantah. Mungkin sebab kamu takut. Takut kalau kamu kata itu cinta, kamu akan menanggung sakit yang lagi dasyat. Kamu akan berdepan dengan segala kemungkinan. Dan kamu belum siap untuk berempuh. Jadi kamu memilih untuk menipu diri sendiri. Kamu kata tidak cinta, tapi hati kamu masih ingin melihat dia dari kejauhan. Lagi selamat begitu barangkali.

AzraKamran.

0 comments: