BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Tuesday, January 19, 2016

Terima Kasih Kerana Pernah Hadir

Selasa
19 Jan 2016

Aku masih lagi mahu menulis perihal kamu. Tentang bagaimana hati ini masih mencari bayang-bayang kamu. Bukannya aku tidak pernah mahu berganjak, mahu tinggalkan harapan kecil yang aku bina untuk kamu tetapi kamu yang selalu hadir saat aku mahu melangkah. Mungkin salah aku, kerana aku masih belum benar-benar mahu pergi. Sedangkan kamu, sewenang-wenangya hadir dan berlalu begitu saja tanpa memikirkan  bahawa setiap detik aku akan menunggumu dibalik tanda tanya. Lemahnya hati aku, tiap kali kamu datang, kamu akan kusambut dengan hati yang teruja. Padahal sepanjang penantian itu, aku marah, sedih dan terseksa.

Aku sebenarnya ingin kamu tahu isi hatiku. Tentang ada namamu tersimpan disudut hati. Tetapi, barangkali takdir kita cuma untuk aku simpan kamu dalam hati saja, tidak lebih dari itu. Justeru, aku harus menerima ini dengan rela. Inikan yang tertulis ditangan takdir. Bagaimana mungkin aku bisa melawan? Kamu sedang beransur menjadi masa laluku. Aku mungkin akan kenang kamu bersama memori indah. Cepat atau lambat, aku akan melangkah pergi.

Terima kasih kerana pernah hadir

Azra K.

0 comments: