BLOGGER TEMPLATES AND Gaia Layouts »

Tuesday, May 5, 2015

Saat kehilangan

Aku masih ingat, teruknya aku menangis saat aku kehilangan kucing aku. Saat yang kalau aku ingat balik pun, sedih tu masih ada. Tahu, perasaan yang bila kita lihat orang atau haiwan yg kita sayang, kita sendiri boleh nampak sakit yang dia tanggung? Perasaan yang kita ni tak punya apa-apa kuasa untuk hilangkan sakit dia. Rasa bersalah, rasa berdosa apa semua. Entah, semua.

Kalau manusia, manusia buat silap jugak kan? Tapi haiwan? Kalau dia sayang kita, sayang dia sayang yang sungguh-sungguh. Orang cakap diorang sayang kita unconditionally.

Sampai satu tahap, aku jadi malas untuk terlalu attached dengan siapa-siapa. Sebab rasa kehilangan tu kita yang rasa. Kita yang tanggung.

Tapi kita sedia maklum kan? Manusia atau apa-apa lah tak selamanya ada di sisi kita. Takkan. Tapi, walau betapa sedarnya kita, walau kita selalu ingatkan pada diri bahawa cepat atau lambat semua ini akan berlaku, tapi pernah kita bersedia untuk perasaan yang akan kita rasa? Walaupun kita dah siap dari segi mental, tapi hati kita ni boleh kita kawal? Tanyalah pada diri. Betul, masih boleh. Tapi masih susah kan?

Aturan hidup ni memang begini. Samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan. Agak-agak, mana yg lebih sukar? Ditinggalkan atau meninggalkan? Hehe.

0 comments: